Revisi Pintar UASA Bahasa Melayu Tahun 5 - Flip eBook Pages 1-50 (2025)

NERBIT ILMU BAKTI SDN. BH

Kandungan Nota Berdiagram N1 – N16 Format Pentaksiran Instrumen Sekolah Rendah Topik 1 Tatabahasa Panduan Menjawab 1 Golongan Kata 2 Pentaksiran Sumatif 32 Topik 2 Pemahaman Petikan Panduan Menjawab 38 Petikan Teks Tunggal 38 Pentaksiran Sumatif 39 Petikan Teks Pelbagai 49 Pentaksiran Sumatif 51 Topik 3 Pemahaman (Teks/Grafik) Panduan Menjawab 57 Tatabahasa dan Pemahaman Petikan 57 Respons Kritis dan Kreatif 58 Pentaksiran Sumatif 59 Topik 4 Penulisan Perenggan Panduan Menjawab 66 Pentaksiran Sumatif 68 Topik 5 Penulisan Karangan Panduan Menjawab 78 Pentaksiran Sumatif 81 Pentaksiran Pertengahan Tahun 91 Ujian Akhir Sesi Akademik 97 Jawapan 103 Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) No. 18, Jalan PJS 5/26, Taman Desaria, 46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-7783 3233, 7783 5233 Faks: 03-7783 7233 E-mel: [emailprotected] Laman web: www.penerbitilmubakti.com © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2025 Pertama kali diterbitkan 2025 ISBN 978-629-7569-38-3 Cetakan: 9 8 7 6 5 4 3 2 1 Semua hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik secara elektronik, mekanik, gambar, rakaman dan sebagainya, tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M). Penyunting: Nur Hasliza Harun Pereka kulit buku: Mohd Fadzli Mohd Idrus Pereka letak: Sandy Lee Teks diset dalam KBSR 11 poin Dicetak di Malaysia oleh Percetakan Tatt Sdn. Bhd. 00 Revisi BM Thn5_Prelims_Final.indd 3 12/2/24 7:01 PM i_ii_bahasa melayu_T5_MASTER 213X148.indd 1 9/12/2024 5:44:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD

N1 kipas foto langsir rak lampu bantal kucing katil bola kerusi pen buku komputer riba permaidani Sistem Bahasa Kata Nama tingkap Revisi Pintar BM Thn 4 2024 Nota 4C 3rd.indd 1 22/11/2024 6:50:25 PM N1 kipas foto langsir rak lampu bantal kucing katil bola kerusi pen buku komputer riba permaidani Sistem Bahasa Kata Nama tingkap Revisi Pintar BM Thn 4 2024 Nota 4C 3rd.indd 1 22/11/2024 6:50:25 PM Nota Berdiagram Nota Berdiagram N1-N16_bahasa melayu_T4_MASTER 213X148.indd 1 5/12/2024 3:49:27 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD

N2 Sistem Bahasa Kata Kerja mandi berlari bermain makan membina membaca kejar duduk tuang Revisi Pintar BM Thn 4 2024 Nota 4C 3rd.indd 2 22/11/2024 6:50:26 PM N1-N16_bahasa melayu_T4_MASTER 213X148.indd 2 5/12/2024 3:49:27 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD

N3 Sistem Bahasa Kata Adjektif gembira kurus gemuk jernih cantik bersih biru rendang wangi Revisi Pintar BM Thn 4 2024 Nota 4C 3rd.indd 3 22/11/2024 6:50:28 PM N1-N16_bahasa melayu_T4_MASTER 213X148.indd 3 5/12/2024 3:49:28 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD

N4 Sistem Bahasa Kata Arah 1 Seekor burung hinggap di atas bumbung rumah. 2 Di belakang rumah terdapat sebatang pokok kelapa. 3 Di tepi rumah nenek ada sepohon pokok yang rendang. 4 Datuk menyimpan basikalnya di bawah rumah. 5 Sebuah kereta berwarna biru diletakkan di luar pagar rumah nenek. di atas di luar di tepi di bawah di belakang Revisi Pintar BM Thn 4 2024 Nota 4C 3rd.indd 4 22/11/2024 6:50:30 PM N1-N16_bahasa melayu_T4_MASTER 213X148.indd 4 5/12/2024 3:49:29 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD

N5 Sistem Bahasa Kata Ganda sayur-sayuran tungganglanggang rama-rama kanak-kanak biri-biri pepatung berkejar-kejaran Revisi Pintar BM Thn 4 2024 Nota 4C 3rd.indd 5 22/11/2024 6:50:32 PM N1-N16_bahasa melayu_T4_MASTER 213X148.indd 5 5/12/2024 3:49:30 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD

N6 Sistem Bahasa Kata Majmuk 1 Ramai orang sedang makan di kedai makan itu. 2 Kereta berhenti apabila lampu isyarat bertukar warna merah. 3 Orang ramai menggunakan lintasan belang untuk melintas jalan. 4 Di tepi jalan raya itu ada laluan pejalan kaki. kedai makan jalan raya pejalan kaki lampu isyarat orang ramai lintasan belang Revisi Pintar BM Thn 4 2024 Nota 4C 3rd.indd 6 22/11/2024 6:50:33 PM Revisi Pintar BN1-N16_bahasa melayu_T4_MASTER 213X148.indd 6 5/12/2024 3:49:30 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD

N7 Sistem Bahasa Kata Banyak Makna Di belakang rumah nenek ada sebuah perigi. Di dalam almari itu ada beberapa pasang baju kurung. Amira menunggu kedatangan kawannya di perhentian bas. Kawasan itu didiami oleh pendatang tanpa izin. Alif dan Hakim bermain layang-layang di kawasan lapang. Najai gemar membaca buku pada masa lapang. Revisi Pintar BM Thn 4 2024 Nota 4C 3rd.indd 7 22/11/2024 6:50:35 PM N1-N16_bahasa melayu_T4_MASTER 213X148.indd 7 5/12/2024 3:49:31 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD

N8 Sistem Bahasa Kata Hampir Sama Makna baling buang campak lempar bongkok bengkok condong serong Revisi Pintar BM Thn 4 2024 Nota 4C 3rd.indd 8 22/11/2024 6:50:36 PM N1-N16_bahasa melayu_T4_MASTER 213X148.indd 8 5/12/2024 3:49:31 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD

N9 Penjodoh Bilangan Keluarga Badrul Bersarapan sebilah pisau secawan kopi sekeping roti sebungkus roti sejambak bunga seekor kucing sebuah kerusi Revisi Pintar BM Thn 4 2024 Nota 4C 3rd.indd 9 22/11/2024 6:50:37 PM N1-N16_bahasa melayu_T4_MASTER 213X148.indd 9 5/12/2024 3:49:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD

N10 Penjodoh Bilangan Membantu Ibu di Dapur sebilah pisau seikat sayur tiga papan petai dua ekor ikan sebekas bawang empat ulas bawang Revisi Pintar BM Thn 4 2024 Nota 4C 3rd.indd 10 22/11/2024 6:50:39 PM N1-N16_bahasa melayu_T4_MASTER 213X148.indd 10 5/12/2024 3:49:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD

N11 Penjodoh Bilangan Halaman Rumah Nenek sebuah rumah sebuah kereta seberkas penyapu lidi dua biji kelapa sepohon pokok kelapa setangkai bunga orkid beberapa helai daun seikat rambutan Revisi Pintar BM Thn 4 2024 Nota 4C 3rd.indd 11 22/11/2024 6:50:41 PM N1-N16_bahasa melayu_T4_MASTER 213X148.indd 11 5/12/2024 3:49:33 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD

N12 Sinonim Keluarga Pak Shakir sawah bendang alih ubah kumpul himpun gugur jatuh cuci basuh ternak bela perigi telaga jenguk jengah sembunyi sorok Revisi Pintar BM Thn 4 2024 Nota 4C 3rd.indd 12 22/11/2024 6:50:43 PM N1-N16_bahasa melayu_T4_MASTER 213X148.indd 12 5/12/2024 3:49:34 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD

N13 Sinonim Membeli-belah di Pasar Raya emak ibu baki lebihan bapa ayah tangkap berkas berbual bersembang menyeluk memasukkan bungkus balut patung boneka Revisi Pintar BM Thn 4 2024 Nota 4C 3rd.indd 13 22/11/2024 6:50:45 PM N1-N16_bahasa melayu_T4_MASTER 213X148.indd 13 5/12/2024 3:49:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD

N14 Antonim Di Kebun Sayur Datuk tua muda jual beli tegak condong lebat jarang depan belakang rendah tinggi kecil besar mati hidup Revisi Pintar BM Thn 4 2024 Nota 4C 3rd.indd 14 22/11/2024 6:50:47 PM Revisi Pintar BN1-N16_bahasa melayu_T4_MASTER 213X148.indd 14 5/12/2024 3:49:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD

N15 Antonim Semoga Cepat Sembuh tidur jaga uzur sihat doktor pesakit minum makan tolak tarik sedih gembira bersih kotor Revisi Pintar BM Thn 4 2024 Nota 4C 3rd.indd 15 22/11/2024 6:50:48 PM N1-N16_bahasa melayu_T4_MASTER 213X148.indd 15 5/12/2024 3:49:37 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD

N16 Antonim Di Taman Permainan laju perlahan turun naik bawah atas rendah tinggi berdiri duduk tutup buka luas sempit hinggap terbang Revisi Pintar BM Thn 4 2024 Nota 4C 3rd.indd 16 22/11/2024 6:50:50 PM N1-N16_bahasa melayu_T4_MASTER 213X148.indd 16 5/12/2024 3:49:38 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD

1 Tatabahasa Panduan Menjawab 1 Soalan tatabahasa ini terdapat dalam Bahagian A. Ada tiga soalan objektif, iaitu dua soalan Pilih jawapan paling sesuai dan satu soalan Pilih ayat yang betul. 2 Markah yang telah diperuntukkan untuk soalan bahagian ini ialah satu soalan satu markah. 3 Baca arahan dengan teliti serta fahami soalan tersebut untuk memilih jawapan yang paling tepat. 4 Soalan 1 dan soalan 2 adalah tentang golongan kata manakala soalan 3 pula adalah tentang sintaksis. Contoh [Bahagian A – Soalan 1 hingga 3] 1 Setelah tamat acara perbarisan sukan, semua beredar ke khemah rumah pasukan masing-masing untuk memulakan acara seterusnya. A peserta C pengawas B penonton D pemenang [1 markah] Pilihan jawapan yang paling sesuai ialah A, iaitu peserta yang bermaksud orang yang mengambil bahagian dalam acara sukan. 2 Pak Leman membawa se jala untuk menangkap ikan dan udang galah di sekitar Sungai Kelantan. A helai C keping B rawan D pasang [1 markah] Pilihan jawapan yang paling sesuai ialah B, iaitu rawan. Penjodoh bilangan yang tepat untuk jala ialah rawan. 3 Pilih ayat yang betul. A Baju kurung ibu itu diperbuat dari kain sutera yang mahal. B Batu arang ialah antara bahan bakar yang penting pada masa dahulu. C Pekerja itu sedang memperdalamkan longkang di taman perumahan tersebut. D Mesyuarat itu diadakan bagi membincangkan masalah harga kelapa sawit. [1 markah] Pilih jawapan yang betul dalam soalan ini ialah D. Pilih jawapan A, B dan C salah kerana penggunaan perkataan yang tidak tepat, iaitu: A: diperbuat dari kain sutera → diperbuat daripada kain sutera B: ialah antara → adalah antara C: memperdalamkan longkang → memperdalam longkang Topik 1 Tatabahasa 01 Revisi BM Thn5_Topik 1_1-37_Final.indd 1 12/2/24 7:04 PM 1-110_bahasa melayu_T5_MASTER 213X148.indd 1 5/12/2024 4:24:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD

2 Tatabahasa Golongan Kata Kata Nama Am 1 Kata nama am digunakan untuk merujuk benda, orang, haiwan, tempat atau perkara yang umum sifatnya. 2 Kata nama am terbahagi kepada dua, iaitu kata nama am hidup dan kata nama am tak hidup. (a) kata nama am hidup: adik, doktor, rama-rama (b) kata nama am tak hidup: rumah, kereta, tasik 3 Huruf pertama bagi setiap kata nama am ditulis dengan huruf kecil kecuali pada awal ayat. 4 Contoh kata nama am adalah seperti yang berikut: Kategori Contoh Orang emak, doktor, petani, guru, jurujual Haiwan Kambing, harimau, ikan, itik, semut Benda Pensel, cawan, kereta, kasut, almari Tempat Pejabat, dewan, klinik, restoran, bengkel 5 Contoh ayat: (a) Banyak serangga berterbangan di atas longgokan sampah itu (b) Ayah membeli sebuah komputer di kedai itu. (c) Pada waktu petang, lalu lintas di bandar akan menjadi sesak. (d) Banyak kawan saya datang ke rumah pada hari raya baru-baru ini. (e) Pada hari minggu, Pak Leman akan memetik sayur untuk dijual di pasar. Kata Nama Khas 1 Kata nama khas digunakan untuk merujuk benda, orang, haiwan, tempat atau perkara yang khusus sifatnya. 2 Kata nama khas terbahagi kepada dua, iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. (a) kata nama khas hidup; (i) kata nama khas hidup manusia: Najmi, Hanna, Doktor Prakash (ii) kata nama khas hidup bukan manusia: Si Putih, Si Comel, Sang Rangkak (b) kata nama khas tak hidup: Sabah, Menara Taming Sari, Tahun Lima Kenanga 3 Huruf pertama bagi setiap kata nama khas ditulis dengan huruf besar walaupun pada pertengahan ayat. 4 Contoh kata nama khas adalah seperti yang berikut: 01 Revisi BM Thn5_Topik 1_1-37_Final.indd 2 12/2/24 7:04 PM Tatabahasa 1-110_bahasa melayu_T5_MASTER 213X148.indd 2 5/12/2024 4:24:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD

3 Tatabahasa i-THINK Peta Buih orang Mia, Dr. Ong, Ahmad tempat Kedai Pak Din, Klinik Chan haiwan Si Tompok, Pak Belang benda Jalur Gemilang, Stabilo Kata Nama Khas 5 Contoh ayat: (a) Ibu negeri Kelantan ialah Kota Bharu. (b) Nama bendera negara kita ialah Jalur Gemilang. (c) Aimy bekerja di Bank Simpanan Nasional sejak tiga tahun yang lalu. (d) Cikgu Bahar mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu. Praktis Formatif A Berikan kata nama khas bagi kata nama am yang berikut. Kata Nama Am Kata Nama Khas 1 negeri 2 guru 3 selat 4 bangunan 5 jalan B Berikan kata nama am bagi kata nama khas yang berikut. Kata Nama Khas Kata Nama Am 1 Bata 2 Korea 3 Laut China Selatan 4 Panasonic 5 Perodua Axia 01 Revisi BM Thn5_Topik 1_1-37_Final.indd 3 12/2/24 7:04 PM Tatabahasa 1-110_bahasa melayu_T5_MASTER 213X148.indd 3 5/12/2024 4:24:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD

4 Tatabahasa Kata Ganti Nama 1 Kata ganti nama terbahagi kepada dua, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. 2 Kata ganti nama tunjuk ialah kata nama yang berfungsi menunjuk kepada sesuatu perkara atau benda. 3 Kata ganti nama tunjuk yang digunakan ialah ini dan itu. (a) ini – merujuk kedudukan benda atau perkara yang dekat (b) itu – merujuk kedudukan benda atau perkara yang jauh 4 Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama manusia. 5 Kata ganti nama diri membawa maksud tunggal atau jamak. 6 Kata ganti nama diri dibahagikan kepada dua, iaitu: (a) kata ganti nama tanya yang merujuk benda, tempat atau orang dalam bentuk kata tanya, iaitu: (i) apa – merujuk benda (ii) siapa – merujuk orang (iii) mana – merujuk tempat (b) kata ganti nama diri orang yang merujuk diri orang tertentu, iaitu: Kata Ganti Nama Diri Penggunaan Contoh Kata ganti nama diri pertama Kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang yang bercakap. aku, saya, beta, patik, kami, kita, hamba Kata ganti nama diri kedua Kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang yang diajak bercakap. anda, awak, engkau, kamu, saudara, saudari, kalian, tuanku Kata ganti nama diri ketiga Kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang yang diperkatakan. dia, mereka, ia, -nya, baginda, beliau 7 Contoh ayat: (a) Nama datuk saya ialah Ibrahim bin Abu. (b) Tuanku akan berangkat sebentar lagi. (c) Dia bekerja sebagai jururawat di Hospital Melaka. (d) Sebagai murid, kita mesti menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran. 8 Kata ganti nama tanya boleh mengalami proses penggandaan yang membawa maksud rujukan yang tidak tentu atau penegasan, iaitu apa-apa, mana-mana dan siapa-siapa. Praktis Formatif Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan kata ganti nama yang sesuai. 1 ialah wakil rakyat di tempat saya. 2 “ hendak memancing di mana pada hujung minggu ini?” tanya Richard kepada Brian. 01 Revisi BM Thn5_Topik 1_1-37_Final.indd 4 12/2/24 7:04 PM Tatabahasa 1-110_bahasa melayu_T5_MASTER 213X148.indd 4 5/12/2024 4:24:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD

5 Tatabahasa 3 Maniam dan Saiful bersahabat baik. tidak pernah berselisih faham. 4 Raja Abdullah ialah raja yang pemurah. selalu memberi sumbangan dan bantuan kepada rakyat. 5 Suzane telah dipilih sebagai olahragawati di sekolah kerana sangat aktif dalam bidang sukan. 6 Rumah yang terletak di atas bukit sudah lama tidak berpenghuni. 7 “Tolong simpan sayur di dalam peti sejuk,” kata emak sambil menghulurkan seikat sayur kepada Yati. Penjodoh Bilangan 1 Penjodoh bilangan digunakan sebelum kata nama. 2 Penjodoh bilangan digunakan untuk menyebut manusia, haiwan, tempat dan benda. 3 Penjodoh bilangan juga kadangkala digunakan bersama-sama dengan kata bilangan seperti sebuah kereta, dua batang pen dan sebagainya. Penjodoh Bilangan Penggunaan Contoh angkatan membilang kumpulan atau kelompok benda dan manusia askar, remaja, tentera bakul membilang benda yang diisi di dalam bakul buah, ikan, kuih, nasi lemak baris membilang benda yang berderet atau manusia yang beratur ayat, kerusi, kedai, meja, pejabat, rumah batang membilang benda yang lurus, panjang dan keras galah, paku, tongkat bentuk membilang benda kecil yang berbentuk lengkung cincin, mata kail, subang berkas membilang benda yang telah diikat dalam satu ikatan buluh, kayu api, lidi, rotan bidang membilang benda yang lebar, luas dan rata kebun, permaidani, sawah, tikar biji membilang buah-buahan dan benda yang berbentuk bulat batu, bola, manggis, tembikai bilah membilang senjata atau benda yang tajam dan runcing gunting, kapak, parang, pisau blok membilang deretan bangunan, perumahan, bongkah yang besar, kumpulan atau kelompok negara bangunan, pejabat, rumah pangsa, negara Eropah 01 Revisi BM Thn5_Topik 1_1-37_Final.indd 5 12/2/24 7:04 PM Tatabahasa 1-110_bahasa melayu_T5_MASTER 213X148.indd 5 5/12/2024 4:24:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD

6 Tatabahasa Penjodoh Bilangan Penggunaan Contoh buah membilang benda yang besar, tempat, bangunan dan semua jenis kenderaan bas, bilik, desa, kampung buku membilang benda yang berbuku dan berbongkah kecil benang, keju, sabun, roti bungkus membilang benda yang dibungkus atau dibalut mi, nasi lemak, rempah butir membilang benda yang kecil dan bulat bawang, beras, manik, telur calit membilang tanda-tanda kecil yang terdapat pada sesuatu benda cat, dakwat, kapur, lumpur carik membilang benda yang dikoyak kecil-kecil baju, kain, kertas cawan membilang benda (cecair atau serbuk) di dalam cawan air kopi, air teh, gula, mentega, tepung cebis membilang benda yang telah dipotong atau dikoyak kecil-kecil kain, kertas cekak membilang benda yang dipegang secara mencekak benih padi, daun pandan, daun sirih, pucuk ubi colek membilang benda yang dicolek menggunakan hujung jari gula, sos cili, sambal cubit membilang benda yang diambil sedikit sahaja garam, gula, kek, kuih cucuk membilang benda yang dicucuk dengan lidi ayam percik, sate, bebola ayam das membilang bunyi letupan dan tembakan meriam, pistol, senapang deret membilang bangunan dan kenderaan yang berderet-deret kedai makan, kereta, rumah ekar membilang kawasan yang luas kebun, ladang, sawah ekor membilang semua jenis haiwan arnab, cicak, kucing, singa gelung membilang benda yang panjang dan bergelung dawai, kain, rotan, tali genggam membilang benda yang digenggam beras, garam, pulut 01 Revisi BM Thn5_Topik 1_1-37_Final.indd 6 12/2/24 7:04 PM Tatabahasa 1-110_bahasa melayu_T5_MASTER 213X148.indd 6 5/12/2024 4:24:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD

7 Tatabahasa Penjodoh Bilangan Penggunaan Contoh gerombolan membilang kumpulan orang askar, perompak, tentera, lanun gugus membilang benda yang berkelompok dan buah-buahan dalam setangkai anggur, kunci, rambai gulung membilang benda yang panjang dan bergulung filem, kertas, tikar, tilam gumpal membilang benda yang bergumpal asap, kapas, kekabu, tembakau helai membilang benda yang nipis, lembut, lebar dan berkeping-keping baju, kain, selendang, seluar hiris membilang benda yang dipotong nipis-nipis daging, lobak, timun, tomato ikat membilang benda yang telah diikat kayu api, kangkung, pucuk ubi jambak membilang benda yang berangkai bunga, kunci jemput membilang benda yang diambil dengan hujung jari garam, gula, kunyit, pulut jengkal mengukur jarak atau benda menggunakan kedua-dua hujung jari benang, papan, tali kajang membilang benda yang berbentuk lebar kain, kertas kaki membilang benda yang bertangkai cendawan, payung kampit membilang benda yang disimpan atau diisi di dalam kampit beras, garam, gula, tepung kandang membilang haiwan di dalam kandang kambing, kuda, lembu kawan membilang kumpulan haiwan burung, lebah, merpati kelompok membilang kumpulan benda, haiwan dan manusia bintang, penduduk, unta kepal membilang benda yang dikepal nasi, pulut, tanah, ubi kayu keping membilang benda yang rata, nipis dan lebar gambar, papan, poskad, roti kerat membilang benda yang sudah dikerat kayu api, rotan, tebu, tulang ketul membilang benda yang berketulketul dan padat batu, kuih, tulang 01 Revisi BM Thn5_Topik 1_1-37_Final.indd 7 12/2/24 7:04 PM Tatabahasa 1-110_bahasa melayu_T5_MASTER 213X148.indd 7 5/12/2024 4:24:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD

8 Tatabahasa Penjodoh Bilangan Penggunaan Contoh kumpulan membilang kumpulan manusia budak lelaki, murid, pelajar, remaja kuntum membilang bunga kekwa, ros, teratai labu membilang benda dan tumbuhtumbuhan yang berbentuk bulat bawang putih, kubis, salad lapis membilang benda yang berlapis atau disusun bertingkat-tingkat atap, baju, papan laras membilang senjata api meriam, pistol, senapang lembar membilang benda yang panjang dan halus benang, kertas, rambut longgok membilang benda yang berlonggok buah, ikan, pasir, sampah, tanah mayang membilang buah-buahan yang bertangkai kelapa, pinang naskhah membilang buku dan bahan bacaan yang lain buku, majalah, surat khabar, manuskrip orang membilang manusia bapa, emak, pelajar, guru, jurutera, pelakon pangsa membilang buah-buahan yang ada pangsa durian papan membilang benda yang berkeping gambir, mercun, petai pasang membilang benda dan manusia yang berpasangan baju, kasut, pengantin, stoking pasukan membilang kumpulan manusia yang memakai pakaian seragam kadet, pengakap, polis, tentera patah membilang percakapan atau perkataan kata, perkataan pintu membilang bangunan yang berderetderet kedai, rumah sewa, kedai makan pohon membilang pohon atau pokok duku, getah, kelapa, mangga potong membilang benda yang sudah dipotong daging, ikan, kek, kuih pucuk membilang senjata api dan benda yang halus serta nipis pistol, senapang, surat 01 Revisi BM Thn5_Topik 1_1-37_Final.indd 8 12/2/24 7:04 PM Tatabahasa 1-110_bahasa melayu_T5_MASTER 213X148.indd 8 5/12/2024 4:24:37 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD

9 Tatabahasa Penjodoh Bilangan Penggunaan Contoh puntung membilang benda yang pendek kayu api, rokok rangkai membilang tulisan yang berangkai ayat, doa, lagu, madah rangkap membilang tulisan yang berangkap pantun, puisi, sajak, syair rangkai membilang susunan beberapa jenis benda yang berangkai doa, lagu, sajak, bunga melur rawan membilang benda yang dapat digantung jala, jaring, pukat relung membilang kawasan tanah yang luas dusun, kebun, sawah ruas membilang benda yang beruas-ruas buluh, rotan, tebu rumpun membilang tumbuh-tumbuhan yang tumbuh berumpun atau berkumpul buluh, halia, lengkuas, pandan, serai, tebu sikat membilang buah pisang yang masih melekat pada sikatnya pisang abu, pisang berangan, pisang raja, pisang tanduk sisir membilang buah pisang yang masih melekat pada sisirnya pisang awak, pisang embun, pisang nangka sudu membilang benda yang dibubuh di dalam sudu gula, garam, ubat, minyak ikan tandan membilang buah-buahan yang bertandan kelapa, nipah, pinang, pisang titik membilang cecair yang menitik air, air mata, dakwat, darah tingkat membilang benda atau bangunan yang bertingkat kotak, rumah kedai, rumah tompok membilang benda atau cecair yang bertompok cat, dakwat, darah tongkol membilang tumbuh-tumbuhan yang buahnya bertongkol jagung ulas membilang isi buah-buahan durian, limau, nangka untai membilang benda yang berangkai atau beruntaian kalung, madah, pantun, rantai urat membilang benda yang panjang dan halus benang, dawai, rambut utas membilang benda yang panjang, terurai dan berangkaian dawai, kalung, rantai, jam tangan, tali 01 Revisi BM Thn5_Topik 1_1-37_Final.indd 9 12/2/24 7:04 PM Tatabahasa 1-110_bahasa melayu_T5_MASTER 213X148.indd 9 5/12/2024 4:24:37 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD

10 Tatabahasa Praktis Formatif Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan penjodoh bilangan yang sesuai. 1 Terdapat beberapa durian dalam sebiji durian. 2 Beberapa lembu Pak Hasan masih lagi berkeliaran di luar kandang. 3 Wak Kasa menggantung dua keris pada dinding rumah. 4 Tiap-tiap pagi, Nadia akan makan se nasi lemak dan se kuih. 5 Wahid sedang menebang beberapa buluh untuk dibuat lemang. 6 Puan Roha memasukkan beberapa cendawan ke dalam masakannya. 7 Nek Rahmah memasukkan beberapa kekabu ke dalam sarung bantal. 8 Ibu menyuruh ayah membentang se tikar yang baru dibelinya di ruang tamu. 9 Dalam se kelapa terdapat lebih kurang dua belas ___________ kelapa. 10 Pengawas menjumpai beberapa rokok di dalam tandas murid lelaki. Kata Kerja 1 Kata kerja ialah kata yang menunjukkan sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh manusia, haiwan atau benda. 2 Kata kerja terbahagi kepada dua kumpulan yang utama, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Kata Kerja Transitif 1 Kata kerja transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek untuk membentuk ayat yang sempurna. 2 Objek yang menyertai kata kerja transitif pula mestilah kata nama atau frasa nama. Contohnya: • Judindanadiknyasedangmencucibasikal. mencuci – kata kerja transitif basikal – kata nama (objek) 3 Kata kerja transitif terbahagi kepada dua, iaitu kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif. 4 Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang menerima awalan meN- dengan atau tanpa akhiran -kan atau -i. 5 Kata kerja transitif pasif ialah kata kerja yang mengalami perubahan daripada ayat aktif. 01 Revisi BM Thn5_Topik 1_1-37_Final.indd 10 12/2/24 7:04 PM Tatabahasa 1-110_bahasa melayu_T5_MASTER 213X148.indd 10 5/12/2024 4:24:37 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD

11 Tatabahasa 6 Contoh ayat kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif: (a) Puan Zurina menanam pokok bunga. [kata kerja transitif aktif] (b) Pokok bunga ditanam oleh Puan Zurina. [kata kerja transitif pasif] 7 Kata kerja transitif dapat dibahagikan kepada bentuk-bentuk yang berikut, iaitu: Bentuk-bentuk Kata Kerja Transitif Contoh Kata kerja tunggal jaga, main, lari, lompat, terjun, lihat Awalan meN- menulis, memburu, mengarang, memberi Apitan meN- ... -kan memberikan, membersihkan, meloloskan Apitan meN- ... -i merestui, menaiki, menasihati, membolosi Apitan memper- ... -kan memperlihatkan, mempersoalkan Awalan memper- memperoleh, memperdengar, memperketat Akhiran -kan masakkan, belikan, bacakan, carikan Akhiran -i duduki, halusi, contohi, dekati, baiki Awalan ter- ternampak, terbeli, tertewas, tertelan Contoh ayat: (a) Nenek makan bubur nasi. (b) Hanna mengarang sajak untuk pertandingan di sekolahnya. (c) Huda membersihkan kotoran pada bajunya. (d) Ayah berjaya menyelesaikan masalah perniagaannya. (e) Mirza terbeli pen berwarna merah. Kata Kerja Tak Transitif 1 Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dengan makna yang lengkap. 2 Kata kerja tak transitif tidak memerlukan objek atau penyambut selepasnya. Contohnya: • Ibu memasak. memasak ialah kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan objek sebagai penyambut. 3 Kata kerja tak transitif dapat dibahagikan kepada dua golongan, iaitu: (a) Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap (b) Kata kerja tak transitif berpelengkap 4 Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut. 5 Contoh ayat: (a) Abang masih tidur. (b) Amira sedang menyanyi. (c) Mereka asyik bergurau. 6 Kata kerja tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang mesti diikuti pelengkap. 01 Revisi BM Thn5_Topik 1_1-37_Final.indd 11 12/2/24 7:04 PM Tatabahasa 1-110_bahasa melayu_T5_MASTER 213X148.indd 11 5/12/2024 4:24:37 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD

12 Tatabahasa 7 Unsur pelengkap tidak boleh disamakan dengan objek atau penyambut yang hadir dalam kata kerja transitif. 8 Ayat yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan. 9 Contoh ayat: (a) Encik Zamil menjadi guru. (b) Keadaan nenek beransur baik. (c) Farish tinggal di Taman Mutiara. 10 Unsur pelengkap terdiri daripada: (a) Kata adjektif: baik, lemah, kukuh (b) Frasa sendi nama: di Taman Mutiara, ke kanan, di Pelabuhan Klang (c) Kata nama: kertas, emas, doktor 11 Kata kerja tak transitif dapat dibahagikan kepada bentuk-bentuk yang berikut: Bentuk-bentuk Kata Kerja Tak Transitif Contoh Kata kerja tunggal turun, duduk, ketawa, bangun, bina, tiba Awalan ber- bermain, berdiri, berbaris, berdarah Awalan men- menyanyi, menguning, memandu, meniarap Awalan ter- tertawa, tergadai, terjaga, terlajak, tertipu Apitan ber- ... -an berlinangan, bertaburan, berlainan Apitan ber- ... -kan bermandikan, bermimpikan, bertemankan 12 Contoh ayat: (a) Ayah memandu dengan berhati-hati kerana jalan licin selepas hujan. (b) Azizul sudah tiba di tempat kerja walaupun lewat kerana jalan sesak. (c) Emak tertawa apabila melihat gelagat adik yang melucukan. (d) Perangai datuk berlainan sekali pada hari ini. (e) Suzy tertipu dengan janji manis lelaki yang baharu dikenalinya. Praktis Formatif Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul. dikoyakkan termuntah menyakitkan melayari mengenangkan menenangkan 1 Ikhmal sedang Internet sewaktu kawannya sampai. 2 Ibu semasa perjalanan ke Tanah Tinggi Cameron kerana jalan yang berliku-liku. 3 Majalah yang baru dibeli oleh kakak telah oleh adik. 4 Tingkah laku samseng di jalan raya itu amat hati. 5 Azian mencuba hati ibunya setelah mengetahui masalah yang dihadapi. 6 Lily termenung di tepi jendela rumahnya sambil kisah silamnya. 01 Revisi BM Thn5_Topik 1_1-37_Final.indd 12 12/2/24 7:04 PM Tatabahasa 1-110_bahasa melayu_T5_MASTER 213X148.indd 12 5/12/2024 4:24:37 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD

13 Tatabahasa Kata Adjektif 1 Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama, sama ada orang, benda, haiwan, tempat dan sebagainya. 2 Kata adjektif boleh disertai kata penguat, iaitu amat, sangat, paling, nian dan sebagainya. 3 Kata adjektif terbahagi kepada sembilan jenis, iaitu: • Kataadjektifcara–gopoh, cepat, perlahan, pantas, lembab, laju • Kataadjektifjarak–jauh, hampir, dekat, rapat, jarang, nyaris • Kataadjektifwaktu–lama, baru, silam, singkat, suntuk, awal, lambat • Kataadjektifwarna–merah, hitam, hijau, kuning, putih, jingga, biru • Kataadjektifbentuk–leper, nipis, bulat, gemuk, lurus, kempis • Kataadjektifukuran–tinggi, panjang, rendah, renek • Kataadjektifkeadaan–bersih, baik, berani, pandai, kotor • Kataadjektifperasaan–marah, sayang, rindu, suka, benci, kasih • Kataadjektifpancaindera–merdu, manis, jelas, kabur, nyaring, lazat Contoh ayat: (a) Penerangan yang diberikan oleh guru itu masih kabur. (b) Wajah penyanyi yang kacak itu menjadi pujaan setiap gadis. (c) Arni takut tinggal seorang diri lebih-lebih lagi pada waktu malam. (d) Kisman melukis tiga garisan lurus di papan hitam. Praktis Formatif Garis kata adjektif dalam ayat-ayat di bawah. 1 Perempuan yang garang itu telah memarahi anaknya di hadapan orang ramai. 2 Datuk sedang mengasah sebilah parang yang tumpul di anjung rumah. 3 Abang sangat gembira apabila mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara. 4 Kok Weng dinaikkan pangkat kerana dia seorang yang rajin dan telus dalam pekerjaan. 5 Penyanyi yang bersuara merdu itu memakai baju berwarna biru semasa membuat persembahan. Kata Pemeri 1 Kata pemeri ialah perkataan yang digunakan untuk menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. 2 Terdapat dua jenis kata pemeri, iaitu ialah dan adalah. 3 Kata pemeri ialah digunakan untuk menjelaskan subjek dengan frasa nama dan diletakkan selepas frasa nama. 4 Kata pemeri adalah digunakan untuk menjelaskan subjek dengan frasa adjektif dan frasa sendi nama. 5 Contoh ayat: (a) Kasut putih itu adalah untuk Daisy. (b) Nama budak itu ialah Awish Hakim. (c) Perbincangan itu adalah tentang karnival kokurikulum pada bulan hadapan. (d) Tun Dr. Mahathir Mohamad ialah Perdana Menteri Malaysia yang keempat. 01 Revisi BM Thn5_Topik 1_1-37_Final.indd 13 12/2/24 7:04 PM Tatabahasa 1-110_bahasa melayu_T5_MASTER 213X148.indd 13 5/12/2024 4:24:37 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD

14 Tatabahasa Praktis Formatif lsi tempat kosong dengan kata pemeri yang betul. 1 Nasi kerabu makanan yang popular di negeri Kelantan. 2 Undang-undang yang baru digubal itu untuk melindungi hak pengguna daripada menjadi mangsa penipuan. 3 Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat itu tentang langkah-langkah untuk menggalakkan amalan menabung dalam kalangan rakyat. 4 Keputusan pengadil perlawanan bola sepak yang melayangkan kad merah kepada pemain kesukaan ramai itu tidak adil. 5 Pada hari Khamis, pakaian wajib yang perlu dipakai oleh kakitangan kerajaan pakaian batik. Kata Penguat 1 Kata penguat ialah perkataan yang mengikuti kata adjektif untuk membawa maksud menguatkan makna atau maksud yang terkandung oleh kata adjektif itu. 2 Ada tiga jenis kata penguat, iaitu: (a) Penguat hadapan (b) Penguat belakang (c) Penguat bebas Penguat hadapan (agak, paling, terlalu) (a) Pakaian yang dipakai oleh kumpulan pelawak itu agak pelik. (b) Adam Mustaqim ialah seorang murid yang paling rajin di dalam kelasnya. (c) Pak Murad terlalu miskin hingga tidak mampu untuk menyekolahkan anakanaknya. Penguat belakang (benar, betul, nian, sekali) (a) Baik benar tingkah laku anak gadis ketua kampung itu. (b) Pandai betul Cik Nita membuat kraf tangan daripada tanah liat itu. (c) Indah nian pemandangan di Pulau Kapas tatkala matahari hampir terbenam. (d) Rumah Pak Cik Nasir ialah rumah yang hampir sekali dengan masjid di kampung itu. Penguat bebas (amat, sangat, sungguh) (a) Banglo yang terletak di tengah-tengah bendang itu amat indah. (b) Banglo yang terletak di tengah-tengah bendang itu indah amat. (c) Agak sukar bagi peserta ekspedisi lalu di situ kerana jalannya sangat sempit. (d) Agak sukar bagi peserta ekspedisi lalu di situ kerana jalannya sempit sangat. (e) Harga perabot yang diperbuat daripada kayu jati dari Indonesia itu sungguh mahal. (f) Harga perabot yang diperbuat daripada kayu jati dari Indonesia itu mahal sungguh. 01 Revisi BM Thn5_Topik 1_1-37_Final.indd 14 12/2/24 7:04 PM Tatabahasa 1-110_bahasa melayu_T5_MASTER 213X148.indd 14 5/12/2024 4:24:37 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD

15 Tatabahasa Nota: 1 Penggunaan kata penguat dengan kata adjektif yang berawalan ter-. Contohnya: (a) Bangunan inilah yang tertinggi sekali di bandar raya itu. (salah) (b) Bangunan inilah yang tinggi sekali di bandar raya itu. (betul) 2 Kata keterangan penguat seperti; paling, sekali dan ter- tidak boleh digunakan sekali gus kerana ketiga-tiga kata keterangan penguat tersebut tergolong dalam satu tingkat penguat yang sama. 3 Jikakatagandabersajakyanghendakdigunakandalamsesuatuayatsudahmembawa makna sangat atau paling, maka kata penguat tidak perlu lagi dalam ayat tersebut. Teliti contoh di bawah ini. (a) Pekarangan Istana Shah Alam itu sangat terang-benderang. (salah) (b) Pekarangan Istana Shah Alam itu terang-benderang. (betul) (c) Kami melalui jalan yang paling bengkang-bengkok untuk sampai ke situ. (salah) (d) Kami melalui jalan yang bengkang-bengkok untuk sampai ke situ. (betul) Praktis Formatif Pilih kata penguat yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam teks di bawah. nian agak benar paling sungguh 1 Adam Mustaqim merupakan murid yang bijak dalam kelasnya. 2 Buah mangga yang dibeli oleh Puan Fauziah itu mahal harganya. 3 Jurulatih pasukan bola sepak sekolah saya tegas terhadap para pemainnya. 4 Indah gambar pemandangan di lereng bukit yang dilukis oleh Zulkifli Dahlan. 5 Larian amal yang dianjurkan oleh sekolahnya mendapat sambutan yang baik. Kata Bantu 1 Kata bantu ialah perkataan yang memberi penerangan tentang kata kerja. 2 Kata bantu terbahagi kepada dua, iaitu: (a) Kata bantu aspek (b) Kata bantu ragam Kata Bantu Aspek 1 Kata bantu aspek menerangkan sesuatu perbuatan yang dilakukan dari segi masa. 2 Perbuatan itu pula menjelaskan sama ada belum, sudah, atau sedang dilakukan. Contoh Kata Bantu Aspek: akan, belum, sudah, telah, pernah, masih, sedang (a) Perbuatan yang belum dilakukan (akan, belum) (i) “Cikgu Wan Mariam akan ke Pulau Langkawi, esok,” kata guru besar. (ii) Puan Hanisah belum menjahit baju sutera itu lagi. 01 Revisi BM Thn5_Topik 1_1-37_Final.indd 15 12/2/24 7:04 PM Tatabahasa 1-110_bahasa melayu_T5_MASTER 213X148.indd 15 5/12/2024 4:24:37 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD

16 Tatabahasa (b) Perbuatan yang sudah dilakukan (sudah, telah, pernah) (i) Zurina sudah menjalani rawatan matanya yang sakit itu. (ii) Kereta yang terlibat dalam pelanggaran itu telah ditunda. (iii) Kamal Azhar pernah memenangi pertandingan deklamasi sajak pada tahun lepas. (c) Perbuatan yang sedang dilakukan (sedang, masih) (i) Aiman dan Asyraf masih membujang sehingga kini. (ii) Puan Umairah sedang berbual-bual dengan Puan Aina. Kata Bantu Ragam Kata bantu ragam ialah bentuk kata yang menyatakan atau menerangkan perasaan yang berkaitan dengan perbuatan yang hendak dilakukan atau kemampuan untuk melakukan sesuatu perbuatan. Contoh Kata Bantu Ragam (hendak, mahu, boleh, dapat, wajib, mesti, perlu, harus) (a) Menyatakan kehendak atau kemahuan. (hendak, mahu) (i) Saya hendak ke sekolah petang nanti kerana ada latihan hoki. (ii) Adik mahu makan nasi goreng dan minum air milo ais. (b) Menyatakan keupayaan atau keizinan. (boleh, dapat) (i) Nabil Iman boleh menyertai lawatan ke Taman Air Shah Alam. (ii) Encik Irfan dapat mengangkat beg yang berat itu. (c) Untuk menyatakan kemestian. (wajib, mesti) (i) Pelbagai janji manis yang dibuat wajib ditunaikan olehnya. (ii) Encik Afiq mesti pergi ke Hospital Besar Kuala Lumpur pagi esok. (d) Untuk menyatakan keperluan. (perlu, harus) (i) Kereta ayah saya perlu diperiksa pada setiap tiga bulan. (ii) Awak harus bersedia agar tidak tewas dalam perlawanan itu nanti. Praktis Formatif Tulis (BETUL) pada ayat yang betul penggunaan kata bantu dan tulis (SALAH) pada penggunaan yang salah. 1 Ayah akan bertolak ke Kuala Lumpur pada malam tadi. 2 Kumar dan Aliff hendak ke perpustakaan pada petang nanti. 3 Masalah jerebu telah diatasi jika pembakaran terbuka dihentikan. 4 Sampah sarap itu mesti akan busuk dan berulat jika tidak dibuang. 5 Kapal terbang kargo itu sedang hendak mendarat di lapangan terbang. 01 Revisi BM Thn5_Topik 1_1-37_Final.indd 16 12/2/24 7:04 PM Tatabahasa 1-110_bahasa melayu_T5_MASTER 213X148.indd 16 5/12/2024 4:24:37 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD

17 Tatabahasa Pembentukan Kata Kata Berimbuhan 1 Pengimbuhan dapat digolongkan kepada tiga jenis, iaitu imbuhan awalan, imbuhan akhiran dan imbuhan apitan. 2 Imbuhan awalan ialah imbuhan yang digunakan di hadapan kata dasar. Imbuhan Awalan Contoh Contoh Ayat beR- berbual, berakit, belajar, berjuang Kami berakit hingga ke muara. meN- memasak, memburu, menggunung, mendaki Harapannya tinggi menggunung untuk melihat kejayaan anaknya. pemukul, pemandu, pekebun, perompak 1 Ayah saya bekerja sebagai pemandu lori. 2 Perompak yang sangat dikehendaki polis itu berjaya diberkas. peN- pengelap, pembantu, pengukir, pencuri 1 Sebelum bergelar usahawan, ayah bekerja sebagai pembantu pemasaran. 2 Rumahnya telah dimasuki pencuri. memper- memperlebar, memperlahan, memperoleh, memperindah 1 Para pekerja itu sedang memperlebar jalan. 2 Kita mesti memperlahan suara ketika berada di perpustakaan. ter- terhidu, tertelan, terhidang, terbuka, terbaring 1 Makanan telah terhidang di atas meja. 2 Bapa segera membuka tingkap apabila terhidu bau gas. se- setiap, seminggu, sehingga, setinggi, sedalam, sebaik 1 Kami akan melancong ke luar negara selama seminggu. 2 Azlina berjoging pada setiap petang. ke- kelima, kekuda, kekasih, kesemua, ketua 1 Abang berasa kecewa kerana mendapat tempat kelima dalam pertandingan itu. 2 Kesemua pendatang tanpa izin itu telah ditangkap. awalan pasif di-, ter-, berdilihat, dilukis, terdaki, tersepak, berikat, berjahit, tertipu, dirotan, berbasuh 1 Gadis itu berasa tertipu apabila kekasihnya menghilangkan diri. 2 Mateen tersepak batu lalu jatuh. 3 Beberapa orang murid dirotan oleh guru disiplin. 4 Baju di dalam besen itu belum berbasuh. 01 Revisi BM Thn5_Topik 1_1-37_Final.indd 17 12/2/24 7:04 PM Tatabahasa 1-110_bahasa melayu_T5_MASTER 213X148.indd 17 5/12/2024 4:24:37 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD

18 Tatabahasa 3 Imbuhan akhiran ialah imbuhan yang terletak di akhir kata dasar. Imbuhan Akhiran Contoh Contoh Ayat -an sapaan, lukisan, lompatan, larian, bacaan 1 Lompatan terakhirnya telah dapat memecahkan rekod kebangsaan. 2 Lukisan itu sangat cantik. -kan sepakkan, bacakan, tidurkan 1 Saya tidurkan adik pada setiap malam. 2 Tolong kemaskan bilik stor sekarang. -i lukai, garisi, sudahi 1 Saya sudahi ucapan itu dengan ucapan terima kasih. 2 Jawapanyangbetulitutelahsayagarisi. 4 Imbuhan apitan ialah imbuhan yang terletak di awal dan di akhir kata dasar. Imbuhan Apitan Contoh Contoh Ayat beR- ... -an berlarian, bertempiaran, bergayutan, berdekatan 1 Kera-kera di dalam hutan itu sedang bergayutan di pokok. 2 Rumah Alia berdekatan dengan rumah Baizura. beR- ... -kan berbekalkan, berdasarkan, berlandaskan, berserakan 1 Ibu bapa mesti mendidik anak-anak berlandaskan hukum agama. 2 Rumahnya berserakan kerana dimasuki pencuri. di- ... -kan, di- ... -i diadakan, dikatakan, diadili, dimarahi 1 Sungai itu dikatakan lubuk udang galah. 2 Pergaduhan antara kedua-dua orang pemuda itu diadili ketua kampung. diper- ... -kan, diper- ... -i diperlakukan, dipersetujui 1 Janganlahsayadiperlakukan seperti ini. 2 Usul yang dikemukakan dalam mesyuarat itu telah dipersetujui sebulat suara. ke- ...-an keadilan, kebimbangan, ketahanan 1 Kami menanti kepulangan ayah dengan penuh kebimbangan. 2 Ketahanan fizikal dan mental penting untuk berjaya. meN- ... -kan, menjadikan, membersihkan, memberikan, meleraikan 1 Ibu sedang membersihkan halaman rumah. 2 Penyanyi popular itu memberikan senyuman manis kepada peminatnya. meN- ... -i menghadiahi, meliputi, menyetujui, melalui 1 Saya telah menghadiahi guru sekuntum bunga ros. 2 Kami terpaksa melalui pelbagai rintangan sebelum berjaya. 01 Revisi BM Thn5_Topik 1_1-37_Final.indd 18 12/2/24 7:04 PM 01 Revisi BM ThTatabahasa 1-110_bahasa melayu_T5_MASTER 213X148.indd 18 5/12/2024 4:24:37 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD

19 Tatabahasa Imbuhan Apitan Contoh Contoh Ayat mempeR- ... -kan memperkenalkan, memperkatakan, mempertemukan 1 Pegawai itu memperkenalkan dirinya sebelum menyampaikan ceramah. 2 Mereka asyik memperkatakan hal jiran sebelah. mempeR- … -i mempersetujui, memperingati 1 Kedua-dua belah pihak mempersetujui tarikh yang ditetapkan. 2 Tugu negara dibina untuk memperingati jasa perwira negara. peR- … -an perbualan, percaturan, peradaban, perhiasan 1 Perbualan pemuda-pemuda itu diselangseli dengan gelak ketawa. 2 Perhiasan yang terdapat di rumah itu mahalmahal belaka. PeN- …-an penipuan, pembelaan, pengebumian 1 Kad perakam masa dapat mencegah penipuan. 2 Pengebumian semua mangsa kemalangan itu telah disiarkan secara langsung oleh sebuah syarikat televisyen. 5 lmbuhan sisipan dalam bahasa Melayu wujud dalam: (a) Kata nama Sisipan Contoh -el- tapak - telapak, kemumur - kelemumur, ganggang - gelanggang, kembung - kelembung -er- kuping - keruping, gigi - gerigi, suling - seruling -em- kuning - kemuning, kuncup - kemuncup lbu menyuruh adik mencabut kemuncup yang melekat pada seluarnya. (b) Kata adjektif Sisipan Contoh -em- guruh - gemuruh, gilang - gemilang -el- serak - selerak, gembung - gelembung -er- kelip - kerelip, godak - gerodak -in- sambung - sinambung Persembahan nyanyian oleh kanak-kanak itu mendapat tepukan gemuruh daripada penonton. 01 Revisi BM Thn5_Topik 1_1-37_Final.indd 19 12/2/24 7:04 PM Tatabahasa 1-110_bahasa melayu_T5_MASTER 213X148.indd 19 5/12/2024 4:24:37 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD

20 Tatabahasa Praktis Formatif Masukkan imbuhan yang sesuai pada perkataan bergaris dalam ayat di bawah. 1 Kebersihan perlu utama dalam kehidupan setiap orang. 2 Bakat Dila dalam bidang lukisan serlah ketika menyertai pertandingan melukis. 3 Melakukan aktiviti seperti berkebun dapat keluar peluh. 4 Ubat yang pahit itu tidak telan oleh adik. 5 Seramai 25 orang peserta telah ikut program motivasi di sebuah sekolah di Kajang. 6 Pemuda itu meniup suling sambil memerhati kambing-kambingnya makan rumput. 7 Mereka berjanji akan berjumpa di ganggang futsal pada pukul 5:00 petang. 8 Datuk membersihkan kuping kudis pada kakinya dengan berhati-hati. Kata Majmuk 1 Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan dua atau lebih kata dasar. 2 Kata majmuk mempunyai maksud tertentu dan dieja secara terpisah tetapi bertindak sebagai satu unit. 3 Walau bagaimanapun, terdapat kata majmuk yang dieja rapat, iaitu kata majmuk mantap. 4 Kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. 5 Kata majmuk boleh digolongkan kepada beberapa jenis seperti yang berikut: Kata Majmuk Contoh Rangkaian kata bebas lampu isyarat, rumah tumpangan, meja tulis, guru besar, kapal terbang, tengah hari, perahu layar, jalan raya, air terjun Kata majmuk mantap sukarela, kakitangan, pesuruhjaya, setiausaha, jawatankuasa, warganegara, bumiputera, tanggungjawab, matahari, antarabangsa, suruhanjaya, kerjasama, beritahu, tandatangan, olahraga, peribadi, dukacita, janakuasa 01 Revisi BM Thn5_Topik 1_1-37_Final.indd 20 12/2/24 7:04 PM Tatabahasa 1-110_bahasa melayu_T5_MASTER 213X148.indd 20 5/12/2024 4:24:37 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD

21 Tatabahasa Kata Majmuk Contoh Istilah khusus lut sinar, segi tiga, pita suara, mata pelajaran, telefon bimbit Kiasan cari jalan, buah hati, habis akal, nyawa ikan, makan angin, banyak mulut, bulan madu 6 Contoh ayat: (a) Borang itu hendaklah ditandatangan sebelum dihantar kepada pihak bank. (b) Ibu bapa dinasihatkan tidak bersikap lepas tangan terhadap anak-anak bermasalah. (c) Hanya warganegara Malaysia yang diberi keutamaan untuk bekerja di syarikat itu. (d) Kita hendaklah minum tujuh gelas air masak pada setiap hari. (e) Kementerian Pendidikan Malaysia masih meneruskan usaha untuk mengurangkan kadar buta huruf dalam kalangan murid sekolah. Praktis Formatif Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan kata majmuk yang sesuai. mata pelajaran buku rujukan basah kuyup tudung saji mesin jahit papan kenyataan 1 Baju adik kerana menolong ayah membasuh kereta. 2 yang digunakan oleh Puan Ani telah menjangkau puluhan tahun. 3 Sains dan Matematik akan diajar oleh Cikgu Sabri. 4 Setiap kelas dikehendaki menampal nota pada di dalam kelas masingmasing. 5 Ibu menggunakan untuk menutup makanan supaya tidak dihinggapi lalat. 6 Terdapat pelbagai dijual sempena Pesta Buku Antarabangsa. Kata Ganda 1 Kata ganda ialah proses menggandakan kata dasar. 2 Tanda sempang (-) digunakan pada kata ganda. 3 Terdapat tiga jenis kata ganda, iaitu: (a) kata ganda penuh; (b) kata ganda separa; (c) kata ganda berentak; 01 Revisi BM Thn5_Topik 1_1-37_Final.indd 21 12/2/24 7:04 PM Tatabahasa 1-110_bahasa melayu_T5_MASTER 213X148.indd 21 5/12/2024 4:24:37 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD

22 Tatabahasa Kata Ganda Penuh 1 Kata ganda penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada berimbuhan ataupun tidak. 2 Kata dasar yang digandakan boleh terdiri daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata majmuk dan imbuhan. 3 Kata ganda penuh membawa maksud jamak atau banyak dan menguatkan keterangan. Kata nama buku-buku, kasut-kasut, ikan-ikan Kata kerja jalan-jalan, makan-makan, baring-baring Kata adjektif cantik-cantik, besar-besar, kuat-kuat Kata majmuk guru besar-guru besar, suruhanjaya-suruhanjaya, kertas-kertas kerja Kata Ganda Separa 1 Kata ganda separa ialah kata ganda yang terbentuk dengan menghilangkan sebahagian kata ganda seluruh, iaitu kata tunggal dan kata terbitan. 2 Kata yang digandakan boleh terdiri daripada kata tunggal atau kata terbitan. langit ➞ la-langit ➞ lelangit pohon ➞ po-pohon ➞ pepohon rambut ➞ ra-rambut ➞ rerambut 3 Contoh ayat: (a) Ayah memotong rerumput yang panjang di belakang rumah. (b) Jejari basikal Adi bengkok kerana dia terlanggar batu. (c) Di dalam kolam itu ada beberapa ekor lelabi. Kata Ganda Berentak 1 Kata ganda berentak ialah kata yang mengalami persamaan bunyi sama ada di pangkal, di tengah atau di hujung. gunung-ganang, kuih-muih, kumat-kamit, huru-hara, mandi-manda, lintang-pukang 2 Kata ganda berentak terbahagi kepada tiga, iaitu: (a) pengulangan vokal: kuih-muih, cirit-birit, lauk-pauk (b) pengulangan konsonan: gunung-ganang, tanah-tanih, kayu-kayan (c) pengulangan bebas: saudara-mara, kusut-masai, lintang-pukang 3 Contoh ayat: (a) Beberapa orang murid di sekolah itu dimasukkan ke hospital kerana cirit-birit. (b) Penduduk kampung tidak senang hati kerana ada desas-desus tentang pembinaan kilang di kampung mereka. (c) Datuk Bakri pulang ke kampung untuk berjumpa dengan saudara-mara beliau. 01 Revisi BM Thn5_Topik 1_1-37_Final.indd 22 12/2/24 7:04 PM Tatabahasa 1-110_bahasa melayu_T5_MASTER 213X148.indd 22 5/12/2024 4:24:37 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD

23 Tatabahasa Praktis Formatif Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan kata ganda yang sesuai. lintang-pukang jari-jemari besar-besaran lauk-pauk ampai-ampai selok-belok kekuda bersalam-salaman 1 Pak Ngah Leman mengetam papan di atas sebuah . 2 Mak Limah akan mengadakan kenduri untuk perkahwinan anaknya secara . 3 Kumpulan kami sesat kerana tidak tahu jalan di situ. 4 Zailan tersenyum apabila ibunya memuji akan keenakan yang dimasaknya. 5 Sebelum pulang, semua peserta bengkel Penulisan Bestari itu . 6 Haleda menjadi kasar sejak bekerja di kedai makan itu. 7 Rasydan dibawa ke hospital oleh orang ramai selepas disengat oleh semasa berenang di laut. 8 Murni dan Putri lari apabila dikejar oleh angsa sewaktu pulang dari mengaji. Pembentukan Ayat Ayat Tunggal 1 Ayat tunggal terbina daripada satu subjek dan satu predikat. 2 Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis. Pemuda tinggi lampai itu sedang mengait buah. Subjek Pemuda tinggi lampai itu Predikat sedang mengait buah Ayat Majmuk 1 Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat tunggal yang dipeluaskan menggunakan kata hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, dan lain-lain. 2 Ayat ini juga dikenali sebagai ayat selapis. Ryan mengambil sebuah komik. Ayat tunggal Ryan membaca komik itu. Ayat tunggal Ryan mengambil sebuah komik lalu membaca komik itu. Ayat majmuk 01 Revisi BM Thn5_Topik 1_1-37_Final.indd 23 12/2/24 7:04 PM Tatabahasa 1-110_bahasa melayu_T5_MASTER 213X148.indd 23 5/12/2024 4:24:37 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD

24 Tatabahasa Praktis Formatif Gabungkan ayat majmuk di bawah dengan kata hubung yang sesuai. 1 Zaim tidak dibenarkan keluar bermain. Kerja sekolah Zaim belum siap. 2 Guruh berdentum. Hujan akan turun. 3 Adik melompat. Adik menjerit kegembiraan apabila melihat ibu pulang. 4 Kebanyakan nelayan membaiki jala. Nelayan menunggu musim tengkujuh tamat. 5 Zuraida pandai memasak. Nadia pandai memasak. Ayat Seruan 1 Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan nada atau intonasi untuk menunjukkan perasaan marah, terkejut, hairan, sedih, gembira dan sebagainya. 2 Ayat seruan diakhiri dengan tanda seru (!) pada hujung ayat. 3 Kata seru dalam ayat seruan letaknya pada pangkal ayat. Contoh ayat: (a) Wah, cantiknya beg tangan yang kamu gayakan itu! (b) Cis, tak kusangka kau yang menjadi dalang dalam kejadian itu! (c) Amboi, indahnya pemandangan di puncak gunung ini! 4 Terdapat juga ayat seru tanpa kata seruan. Contoh ayat: (a) Comelnya anak kucing itu! (b) Rajinnya dia bekerja! Ayat Perintah 1 Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan menimbulkan sesuatu tindakan kepada pihak yang kedua. 2 Ayat perintah terbahagi kepada: (a) Ayat suruhan – memberikan perintah atau arahan. Contoh ayat: (a) Kamu berdiri sekarang. (b) Awak pergi ke sekolah sebelum terlambat. (c) Pulangkanlah semua buku saya yang kamu pinjam dulu. (d) Biarkanlah mereka bermain di taman itu seketika. (e) Cubalah kamu fikirkan kesilapan yang kamu lakukan dulu. (b) Ayat larangan – maksud melarang atau menegah seseorang daripada melakukan sesuatu perbuatan. 01 Revisi BM Thn5_Topik 1_1-37_Final.indd 24 12/2/24 7:04 PM Tatabahasa 1-110_bahasa melayu_T5_MASTER 213X148.indd 24 5/12/2024 4:24:38 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD

25 Tatabahasa – disertai dengan kata larangan jangan, usah dan tak usah. – diletakkan di hadapan kata kerja. Contoh ayat: (a) Janganbermaindikawasanpembinaanitu. (c) Tak usah kamu tangisi nasib malang yang menimpa diri kamu. (e) Usah difikirkan sangat kejadian semalam. (c) Ayat silaan – mempersilakan atau menjemput seseorang. – menggunakan kata jemput dan sila. Contoh ayat: (a) Sila bergerak ke hadapan seorang demi seorang. (b) JemputlahkerumahsayapadahariAhadnanti. (d) Ayat permintaan – memohon permintaan atau pertolongan daripada seseorang. – menggunakan kata perintah minta, tolong dan harap. Contoh ayat: (a) Tolong belikan tiga biji limau nipis untuk ibu di kedai runcit Pak Malik. (b) Minta semua hadirin berdiri apabila lagu “Negaraku” berkumandang. (c) Harap para penonton terhibur dengan persembahan orkestra itu tadi. Praktis Formatif Tukarkan ayat-ayat biasa di bawah kepada ayat perintah atau ayat seru. 1 Ayah melarang kami keluar pada waktu malam. 2 Dengan perasaan marah, Kamal menghalau Aslam keluar dari rumahnya. 3 Encik Rizal dan isterinya itu mempersilakan kami masuk ke rumah mereka. 4 Denganperasaankagum,pelancongdarinegaraJepunitumemujikeindahanPulau Redang. 5 Pengerusi majlis meminta semua tetamu yang hadir berdiri ketika menyanyikan lagu “Negaraku”. 6 Nenek meminta Syahir pergi ke kedai untuk membelikannya sekampit beras. 01 Revisi BM Thn5_Topik 1_1-37_Final.indd 25 12/2/24 7:04 PM Tatabahasa 1-110_bahasa melayu_T5_MASTER 213X148.indd 25 5/12/2024 4:24:38 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD

26 Tatabahasa Ayat Aktif dan Ayat Pasif 1 Ayat aktif ialah ayat yang mempunyai kata kerja berawalan meN-. Contoh: Alif membaca buku. Syuhada menyapu sampah. 2 Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. 3 Ayat pasif terbentuk daripada ayat aktif transitif. 4 Ayat pasif terbahagi kepada tiga, iaitu: (a) ayat pasif diri pertama (i) Kata kerja tidak berawalan meN- dan didahului kata ganti nama diri pertama seperti aku, saya, kami. (ii) Contoh: Buku itu saya baca. Kata ganti nama diri pertama Kata kerja saya baca (b) ayat pasif diri kedua (iii) Kata kerja tidak mempunyai awalan meN- dan didahului kata ganti nama diri kedua seperti awak, kamu, anda, engkau (iv) Contoh: Kek itu belum kamu makan lagi. Kata ganti nama diri kedua Kata kerja kamu makan (c) ayat pasif diri ketiga (v) Kata kerja berawalan di- serta diikuti kata sendi oleh dan kata ganti nama diri ketiga seperti -nya, ia, dia, mereka, beliau (vi) Contoh: Buku itu dibaca olehnya. Kata kerja Kata sendi Kata ganti nama diri ketiga dibaca oleh -nya 5 Contoh ayat: Ayat Aktif Ayat Pasif 1 Ayah sedang menjala ikan di sungai. 1 Ikan sedang dijala oleh ayah di sungai. 2 Ibu menidurkan adik di dalam bilik. 2 Adik ditidurkan oleh ibu di dalam bilik. 3 Mereka sedang menyaksikan persembahan teater. 3 Persembahan teater sedang disaksikan oleh mereka. 4 Wak Karman mengayuh becanya dengan perlahan-lahan. 4 Beca itu dikayuh oleh Wak Karman dengan perlahan-lahan. 01 Revisi BM Thn5_Topik 1_1-37_Final.indd 26 12/2/24 7:04 PM Tatabahasa 1-110_bahasa melayu_T5_MASTER 213X148.indd 26 5/12/2024 4:24:38 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD

27 Tatabahasa Praktis Formatif Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif. 1 Buku cerita itu dibeli oleh kakak. 2 Sampah telah dibakar oleh datuk. 3 Semua penumpang sedang diperiksa oleh pihak kastam. 4 Ruang pejabatnya sedang dibersihkan oleh beberapa orang pekerja. 5 Kepakaran Shauki dalam bidang komputer dipuji oleh guru-guru. Ayat Susunan Biasa dan Ayat Susunan Songsang 1 Bentuk ayat susunan biasa ialah kedudukan subjek diletakkan di hadapan predikat atau sebelum predikat. 2 Contoh ayat susunan biasa ialah seperti berikut: Amin bermain bola. Amin subjek bermain bola. predikat 3 Ayat susunan songsang atau dikenali sebagai ayat terbalik pula, predikat hadir selepas subjek. 4 Dalam bahasa Melayu, proses pendepanan predikat terbahagi kepada: (a) pendepanan seluruh predikat Contoh: Rasa mangga itu masam sungguh. Masam sungguh rasa mangga itu. (b) pendepanan sebahagian daripada predikat – terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu: (i) pendepanan frasa kerja Contoh: Budak-budak itu bermain di taman permainan. Bermain budak-budak itu di taman permainan. (ii) pendepanan frasa adjektif Contoh: Dia marah kepada orang itu. Marah dia kepada orang itu. (iii) pendepanan frasa sendi nama Contoh: Cincin ini untuk ibu. Untuk ibu cincin ini. 01 Revisi BM Thn5_Topik 1_1-37_Final.indd 27 12/2/24 7:04 PM Tatabahasa 1-110_bahasa melayu_T5_MASTER 213X148.indd 27 5/12/2024 4:24:38 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD

28 Tatabahasa Praktis Formatif Bina ayat susunan biasa dan susunan songsang berdasarkan ayat-ayat yang diberikan di bawah. 1 Suara penyanyi itu sungguh merdu. 2 Pengemis itu mengemis di kaki Lima kedai makan. 3 Hadiah yang telah berbalut itu akan dibawa ke majlis perkahwinan. 4 Budak-budak yang melepak di tangga flat itu kena tegur. 5 Osman termanggu-manggu apabila diaju soalan Matematik. 6 Kedatangan posmen memang dinanti-nanti oleh kakak. 7 Datuk menghidap penyakit lelah sudah lama. 8 Encik Raja sedang berada di luar negara. Kesalahan Umum Tatabahasa Jenis Tatabahasa Ayat yang Salah Ayat yang Diperbetul Kata ganti nama diri 1 Encik Zaki wakil rakyat. Dia seorang yang bertanggungjawab. 2 Pasu bunga itu sangat cantik. Ianya diperbuat daripada tanah liat yang bermutu. 1 Encik Zaki wakil rakyat. Beliau seorang yang bertanggungjawab. 2 Pasu bunga itu sangat cantik. Pasu itu diperbuat daripada tanah liat yang bermutu. Kata sendi nama 1 Dia menyesal di atas kesilapannya itu. 2 Ajai berbasikal daripada rumah ke sekolah. 1 Dia menyesal atas kesilapannya itu. 2 Ajai berbasikal dari rumah ke sekolah. 01 Revisi BM Thn5_Topik 1_1-37_Final.indd 28 12/2/24 7:04 PM Tatabahasa 1-110_bahasa melayu_T5_MASTER 213X148.indd 28 5/12/2024 4:24:38 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD

29 Tatabahasa Jenis Tatabahasa Ayat yang Salah Ayat yang Diperbetul Kata hubung 1 Dia tidak hadir ke sekolah sebab demam. 2 Abang mandi dan menyanyi. 1 Dia tidak hadir ke sekolah kerana demam. 2 Abang mandi sambil menyanyi. Kata tanya 1 Apakah nama ibu awak? 2 Mengapakah yang terjadi kepadanya? 1 Siapakah nama ibu awak? 2 Apakah yang terjadi kepadanya? Kata bilangan 1 Para-para peniaga mesti meletakkan tanda harga. 2 Perbincangan itu mengambil masa selama satu setengah jam. 1 Para peniaga mesti meletakkan tanda harga. 2 Perbincangan itu mengambil masa selama satu jam setengah. Penjodoh bilangan 1 Beberapa biji beras terjatuh di lantai. 2 Ayah menghadiahi ibu sekalung rantai emas. 1 Beberapa butir beras terjatuh di lantai. 2 Ayah menghadiahi ibu seutas rantai emas. Kata kerja transitif 1 Dia menghadiahkan isterinya sebentuk cincin berlian. 2 Kita mesti bantu ibu bapa pada setiap hari. 1 Dia menghadiahi isterinya sebentuk cincin berlian. 2 Kita mesti membantu ibu bapa kita pada setiap hari. Kata kerja tak transitif 1 Pelancong asing itu melancong berpandukan kepada peta. 2 Saya jalan kaki ke kedai. 1 Pelancong asing itu melancong berpandukan peta. 2 Saya berjalan kaki ke kedai. Hukum D-M 1 Ibu menyuruh saya membeli goreng pisang. 2 Kami membeli-belah di Berjaya Pasar Raya. 1 Ibu menyuruh saya membeli pisang goreng. 2 Kami membeli-belah di Pasar Raya Berjaya. Bentuk jamak 1 Semua buku-buku itu telah saya susun. 2 Para-para guru hendaklah mempelbagaikan teknikteknik dan kaedah mengajar. 1 Semua buku itu telah saya susun. 2 Para guru hendaklah mempelbagaikan teknik dan kaedah mengajar. Frasa adjektif 1 Dialah yang paling tercantik di kampungnya. 2 Makanan ini sungguh lazat sekali. 1 Dialah yang tercantik di kampungnya/ Dialah paling cantik di kampungnya. 2 Makanan ini sungguh lazat/ Makanan ini lazat sekali. 01 Revisi BM Thn5_Topik 1_1-37_Final.indd 29 12/2/24 7:04 PM Tatabahasa 1-110_bahasa melayu_T5_MASTER 213X148.indd 29 5/12/2024 4:24:38 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD

30 Tatabahasa Jenis Tatabahasa Ayat yang Salah Ayat yang Diperbetul Frasa kerja pasif 1 Lantai itu dicuci oleh saya. 2 Kerja ini mesti disiapkan oleh kamu. 1 Lantai itu saya cuci. 2 Kerja-kerja ini mesti kamu siapkan. Ayat tergantung 1 Kedatangan sememangnya dinanti- nanti oleh mereka. 2 Dengan kedatangan kamu akan meriahkan majlis ini. 1 Kedatangan kami sememangnya dinanti-nanti oleh mereka. 2 Kedatangan kamu akan memeriahkan majlis ini. Frasa kerja transitif 1 Encik Azman mendalamkan lagi periginya. 2 Saya melekatkan pada gambar kertas itu. 1 Encik Azman mendalamkan periginya lagi. 2 Saya melekatkan gambar pada kertas itu. Frasa kerja tak transitif 1 Filem itu berdasarkan kepada kisah kehidupannya. 2 Biasakah awak kehidupan kampung? 1 Filem itu berdasarkan kisah kehidupannya. 2 Biasakah awak dengan kehidupan kampung? Penggunaan kata yang tidak tepat 1 Saya sedang menuntun televisyen. 2 Menteri itu akan meresmikan dewan orang ramai. 1 Saya sedang menuntun basikal. 2 Menteri itu akan merasmikan dewan orang ramai. Praktis Formatif Salin semula ayat-ayat di bawah dengan membetulkan kesalahan tatabahasa. 1 “Bawa anakanda saya masuk menghadap,” kata sultan. 2 Kami berjanji telah pergi ke pasar tani pada malam ini. 3 Pak Mat tidak dapat menangkap ikan kerana angin sangat laju. 4 Encik Shan membawa motosikalnya dengan berhati-hati semasa hujan turun. 01 Revisi BM Thn5_Topik 1_1-37_Final.indd 30 12/2/24 7:04 PM Tatabahasa 1-110_bahasa melayu_T5_MASTER 213X148.indd 30 5/12/2024 4:24:38 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD

31 Tatabahasa 5 Pelbagai-pelbagai acara diadakan sempena tahun melawat Malaysia pada tahun ini. 6 Pasu yang dibeli akan kakak sangat cantik. Ianya dibuat oleh seorang pakar. 7 Kebanyakkan murid-murid bermasalah kerana tidak mendapat kasih sayang yang secukupnya dari ibu bapa. 8 Pelancong asing itu suka kepada kepetahan masyarakat di negara kita. 9 Segerombolan polis telah berbalas tembakan dengan sekumpulan perompak. 10 “Cik mesti mengisi borang ini terlebih dahulu,” kata seorang pegawai pada Mariam yang berdiri di samping suaminya. 01 Revisi BM Thn5_Topik 1_1-37_Final.indd 31 12/2/24 7:04 PM Tatabahasa 1-110_bahasa melayu_T5_MASTER 213X148.indd 31 5/12/2024 4:24:38 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD

32 Tatabahasa Pilih jawapan yang paling sesuai. Praktis 1 Golongan Kata 1 Kemahiran berbahasa menjadi prasyarat untuk memohon sesuatu jawatan kerana bahasa ini merupakan bahasa antarabangsa. A Cina B Tamil C Inggeris D Melayu 2 Mak ngah menggubah beberapa ikat daun untuk dijadikan hantaran perkahwinan. A pisang C bunga B sirih D kertas Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah. 3 Nenek menunjukkan kepada ibu caracara untuk menganyam mengkuang. A saji B tikar C bakul D ketupat 4 yang terletak di negeri Kedah terkenal sebagai pulau bebas cukai dalam kalangan pelancong. A Pulau Tioman B Pulau Redang C Pulau Pangkor D Pulau Langkawi Pentaksiran Sumatif 5 “Ampun tuanku, sembah harap diampun,” sembah Laksamana Hang Tuah kepada Sultan Mansor Shah. A hamba C beta B patik D kita 6 Yang di-Pertuan Agong akan merasmikan pembukaan masjid baharu di Selangor. akan berangkat pada pukul 8:00 pagi. A Dia C Beliau B Tuanku D Baginda 7 “Di manakah akan berjumpa?” tanya Albert kepada Iskandar dan Maniam. A aku C kami B kita D saya 8 Tolong sampaikan salam kepada keluarga ,” kata Pak Husin dan isterinya kepada Hasan. A saya ... dia B saya ... kamu C kami ... kamu D kami ... mereka 9 Ibu terpaksa langsir yang baru dibelinya kerana terlalu labuh. A melipat B menjahit C menghiris D memotong 10 Fikiran Amirul memikirkan masalah kewangan yang dihadapi oleh syarikatnya yang semakin . A berbuai ... merunsing B berdetik ... meruncing C bercelaru ... meruncing D bercelaru ... merunsing 01 Revisi BM Thn5_Topik 1_1-37_Final.indd 32 12/2/24 7:04 PM Tatabahasa 1-110_bahasa melayu_T5_MASTER 213X148.indd 32 5/12/2024 4:24:38 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


Revisi Pintar UASA Bahasa Melayu Tahun 5 - Flip eBook Pages 1-50 (2025)

References

Top Articles
Latest Posts
Recommended Articles
Article information

Author: Domingo Moore

Last Updated:

Views: 5810

Rating: 4.2 / 5 (53 voted)

Reviews: 92% of readers found this page helpful

Author information

Name: Domingo Moore

Birthday: 1997-05-20

Address: 6485 Kohler Route, Antonioton, VT 77375-0299

Phone: +3213869077934

Job: Sales Analyst

Hobby: Kayaking, Roller skating, Cabaret, Rugby, Homebrewing, Creative writing, amateur radio

Introduction: My name is Domingo Moore, I am a attractive, gorgeous, funny, jolly, spotless, nice, fantastic person who loves writing and wants to share my knowledge and understanding with you.